BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 19, 2009

sebak dengar takbir raya T_T


seperti biasa la kan..pada malam raya,mesti takbir raya da mula berkumandang..aku sebak sangat²..pertamanya sebab aku tidak pulang ke kampung..biasanya aku dengar takbir dengan berlatarbelakangkan rumah papan mek aku..hehe..iskk T_T
pada dua tahun yang lepas,3 hari sebelum syawal..aku kehilangan tok ayah ku,iaitu ayah kepada mama ku..eventhough aku tak rapat sangat dengan beliau,tapi terasa sangat kehilangan beliau sebab setiap kali beraya di rumah nya,mesti tok ayah selalu buat aku gelak dengan bahasa tamil dia..hehe..dia cium aku dengn misai dia yang tajam geli sangat!hehe..rindunya~
masa perjalanan pulang nak tengok jenazah tok ayah buat kali terakhir,macam2 kejadian yang berlaku,antaranya kereta paklong aku broke down..hmm segalanya kitorang redha and sampai lewat tapi jenazah tok ayah terus dikebumikan pada jam 11pm..
manakala,pada tahun lepas,seminggu sebelum syawal..atuk aku sebelah papa,telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya..arwah menghembuskan nafas yang terakhir setelah papa selamat sampai di lapangan terbang,tapi papa aku tak rasa ralat tak dapat tengok arwah sebelum dikebumikan sebab dia dah jaga arwah for whole week..tapi kami sekeluarga hanya dapat pergi melawat kuburnya je..sebab balik kelantan lewat..isk..tiap kali pulang ke kampung,aku akan terbayang dan teringat dimana tempat dia selalu rehat..and kereta arwah pon ada dalam simpanan papa aku..
tapi aku lega sebab dua-dua insan yang aku sayang tu pergi di dalam bulan ramadhan..
semoga roh mereka dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

0 comments: